Archive for the ‘Event’ Category

mini gathering april 2004

Posted on the April 26th, 2009 under Event by crafidah

malam tadi telah berlangsung perjumpaan mini sepertimana telah diwar-warkan sebelum ini.

 

yang hadir pada malam tadi

  • pn pijah
  • encik nazri
  • encik aspa
  • pn.cik fid
  • pn. eniza
  • cik azura

banyak juga yang diborak dan ‘digossipkan’

paling syok apabila album-album gambar zaman seratas dikeluarkan!!!

perjumpaan berikutnya akan diadakan pada Jun 2009…

IMG_0016 (Small)

mini gathering April 2009

Posted on the April 24th, 2009 under Event by crafidah

tempat: rumah Pn.Pijah-TUDM Subang

Tarikh: 25 April 2009

Masa: 8:00pm-11:00pm

konsep: PotLuck

Kehadiran: Anda semua dijemput hadir dengan membawa juadah masing-masing.(:-P)

 

selamat semua!

cadangan:jom berkelah

Posted on the April 13th, 2009 under Event by crafidah

salam

cadangan: berkelah pada 1 may(bagi yang tiada aktiviti lain)….

tempat: sila cadangkan
masa: 1 may lepas solat jumaat

menu:
sambal udang..fullamak…ngan petai pun bleh
ikan bakar..kembung jadik la
air asam power…
sayur kankung or kailan…
ayaq asam boi…

or…
sila  cadangkan….

sekian…

Mini gathering 090228

Posted on the March 2nd, 2009 under Event by crafidah

Alhamdulillah berjaya juga diadakan walaupun hanya disertai oleh 9/115 pelajar batch tersebut.

Insya Allah nanti kita buat perjumpaan lagi!!!!

p/s: En.Piye and En. Dorjek..saya mohon izin meng’update’ seratas.com….

And I’m updating it  via…windows live writer!!

UPDATE-Pot Luck small gathering batch SPM 96

Posted on the February 25th, 2009 under Announcement, Event by crafidah

Tarikh: 28 February 2009

Masa: 8pm~11pm

Tempat: Rumah Puan Pijah

Konsep: Pot Luck (pakat bawa makanan pakat-pakat makan lah ya)

Jemputan: mereka yang sudi dan ada masa untuk diluangkan-tiada paksaan

Sila ‘confirmkan’ kehadiran anda

Pot luck gathering

Posted on the February 25th, 2009 under Event by crafidah

Adalah dimaklumkan telah ‘tercadang’ satu informal small gathering Insya Allah akan diadakan weekend ini.
Hari dan masa belum ditetapkan.
tempat_kediaman Puan Pijah..
konsep-pot luck

harap mendapat sambutan
cadangan dan input diperlukan

ini adalah informal gathering semata-mata

Pengumuman:Reunion 2009 (SPM 1996)

Posted on the December 5th, 2008 under Announcement, Event by crafidah

Salam Semua…

Last Tuesday aku (Fandi @ Dood), Aspa dan Azizi telah lepak minum-minum di Pak Li Kopitiam Sec. 7, Shah Alam. Kami sepakat nak usahakan reunion pada tahun depan.

Ini antara beberapa perkara yang kami telah dipersetujui:

Tarikh: 14 March 2009,
Ini start cuti sekolah (info dari MC yang aku call time tu, kalau salah boleh blame dia). Kami pilih cuti sekolah sebab ramai kawan-kawan kita jadi cikgu. Ramai juga yang kahwin dengan cikgu. Dan ramai yang plan family holiday masa cuti sekolah, so harapnya boleh jadikan reunion ini sebagai cuti bersama keluarga. Kami tak buat lebih awal, kerana daripada pengalaman lalu, perlu beberapa bulan untuk merancang dan mendapat penyertaan yang ramai.
Konsep: Santai
Kita akan penuhkan dengan aktiviti bersuka-ria. BBQ, makan-makan, lepak-lepak, bersukan dan yang sewaktu dengannya. Objective reunion hanya untuk bergembira, dan merapatkan silraturrahim. Kalau ada sesiapa nak promote MLM, jual insurance, ajak invest unit trust, jual product apa2 pun dialu-alukan.

Location: Pantai
Since konsepnya santai dan bukan formal, kami decided buat di pantai. Banyak juga aktiviti boleh dilakukan dipantai compare dengan tanah tinggi, air terjun or tepi hutan. One suggestion kita buat area pantai di sekitar Perak. Sebab ianya ditengah-tengah, orang utara senang nak datang orang selatan pun tak jauh sangat kena travel. Perak setahu aku cuma ada satu pantai yang boleh diambilkira, somewhere di Lumut.

Duration: 2 hari, 1 malam.
Start hari Sabtu tengah hari. Selesai Ahad tengah hari
. Sesiapa yang malas balik (cikgu2, busines sendiri, penganggur) boleh sambung lepak.

Tentative: Lupakan Dulu
Tak perlu bersusah payah fikir program kat sana. Seperti aku cakap kat atas, semuanya untuk bergembira dan merapatkan hubungan. Tak perlu bagi suggestion nak buat pelancaran laman web, nak buat kutipan tabung, nak usahakan persatuan, nak jemput cikgu, nak buat sticker…etc. Itu semua kita plan kemudian.

Bajet: Sendiri Boleh Agak kot.
Since tak tahu berapa ramai yang akan hadir, so tak boleh nak buat anggaran lagi. Tapi definitely tidak akan sampai separuh gaji sebulan pun. Kita akan cuba sebaik mungkin untuk rendahkan bajet agar ramai dapat hadir. Most probably around RM 200 – RM250 per family and RM150 per person (yang bujang).
Itu sahaja rasanya yang perlu diberitahu sekarang. Semuanya belum final lagi, tapi diharap tiada perubahan besar. So, aku minta sesiapa yang rasa boleh membantu dan sudi membantu, tolong inform kitaorg. Jadi kami boleh ajak sekali untuk bekerja menjayakan reunion ini.
Bantuan yang sangat-sangat diharapkan:
1. Penginapan. Sesiapa yang ada resort, kenal taukeh resort, atau hotel dimana-mana pusat peranginan, ada diskaun card,  tolong offerkan bantuan.
2. Sesiapa ada bakat (ada camera ribu-ribu ringgit) or kenal mereka yang berbakat buat photography. Kita nak documentkan reunion ni cantik-cantik.
3. Kalau ada yang buat bisnes dan rasa nak promote kat kawan-kawan, boleh la throw your idea. Sponsor sikit2, then kita selitkan brochure, etc.
4. Sesiapa yang simply nak sponsor…… (takde kot).
5. Takde apa boleh offer, sekadar tulang empat kerat, masa dan idea, juga dialu-alukan. Nak uruskan kad, nak survey, jaga duit, beli gift, etc… semunya perlu bantuan tu.

Seperti biasa, kami (so far, aku, Aspa dan Jijie) akan cuba sebaik mungkin untuk jadikan reunion ini. Tak kisah lah hatta kami bertiga sahaja yang akan pergi bercuti bersama time tu. Ok juga, boleh wife aku kenal-kenal dengan wife Aspa dan tunang Jijie (tunang?! or awek…).

Lepas Raya Haji kami akan contact semua yang sudi bantu atau yang kami rasa boleh bantu untuk berjumpa dan finalise semua details. Then kad/surat jemputan akan dihantar. Time tu harap takde perubahan lagi dah.

Cheers!

Sekian. Assalamua’laikum.

Seratas 25th Excellence Day

Posted on the November 1st, 2008 under Event by admin

I got this news through email from one of ex-Seratas email group. The wife of Menteri Besar Perak (Perak Chief Minister), Datin Seri Hajjah Fatimah  has blogged about Hari Anugerah Kecermelangan Seratas ((Excellence Day) on her blog, which was held on last Oct 23rd.

It reminds me of good old days when I was there almost 10 years ago. Head to datinserifatimah for more coverage and photos.

Datin Seri, thanks a bunch for giving coverage of our beloved school in your blog. Hope you’re blessed with good health to continue writing.

Hari Anugerah Kecemerlangan Seratas ke 25

Hari Anugerah Kecemerlangan Seratas ke 25

Photo courtesy of datinserifatimah.